Profil
RTM Kelantan atau Radio Kelantan FM merupakan salah satu daripada jabatan penyiaran di Malaysia yang dimiliki oleh pihak kerajaan Malaysia. Kelantan FM telah beroperasi di Kelantan semenjak 16 November 1963 dan pada awal penubuhannya Kelantan FM telah beberapa kali bertukar namanya.
Pada 6 November 1964 Kelantan FM dikenali sebagai Jabatan Radio Kelantan FM setelah setahun beroperasi. Majlis perasmiannya dirasmikan oleh KDYMM Al-Sultan Kelantan, Sultan Yahya Petra Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim Petra di mana turut dihadiri oleh Tun Abdul Razak yang merupakan Timbalan Perdana Menteri pada masa itu, Menteri Penerangan dan Penyiaran Malaysia serta Menteri Besar Kelantan, Encik Muhammad Asri. Radio yang mengangkat selogan “Penuhi Citarasa Anda” ini boleh didengari di seluruh negeri Kelantan dan beberapa tempat yang bersempadan seperti Jertih di Terengganu, Lipis di Pahang dan Golok di Selatan Negara Thailand.
RTM Kota Bharu juga merupakan stesen RTM pertama di Malaysia yang mempelopori siaran daerah. Dengan kos pembinaan RM 115 juta dan dilengkapi dengan 3 Studio iaitu 1 Studio Ceramah dan 2 Studio Siaran. Selain itu, bangunan ini turut mempunyai sebuah panggung yang dikenali sebagai Auditorium dan mampu menampung 160 orang penonton. Pada awal penubuhannya, hanya terdapat 66 orang kakitangan iaitu dari bahagian teknikal dan rancangan.
Radio ini merupakan Ibu Pejabat bagi Kawasan Pantai Timur sehinggalah pada tahun 1972 dan pada tahun 1972 fungsinya sebagai Ibu Pejabat telah dipindahkan ke stesen Radio Televisyen Malaysia Kuala Terengganu yang baru siap dibina. RTM Kota Bharu telah menjadi stesen siaran tempatan yang bermula jam 5.15 petang hingga 6.15 petang.
Pada 1 September 1980 masa siaran tempatan telah ditambah selama 30 minit untuk siaran sebelah pagi dari jam 8.30 hingga 9.00 pagi dan pada 1 Januari 1982, waktu Semenanjung, Sabah dan Sarawak telah diselaraskan di mana waktu siaran tempatan juga diubah kepada mulai jam 8.35 pagi hingga 9.00 pagi manakala siaran pada waktu petang bermula jam 5.45 hingga jam 6.45 petang. Siaran temapatan telah dikenali dengan RMKB pada tahun 1986 dan waktu siaran tempatan diubah dan bermula jam 7.00 pagi hingga 9.00 pagi pada setiap hari manakala pada tahun 1988 siaran tempatan sebelah petang dimulakan dari jam 4.00 petang hingga 6.00 petang.
Pada 1 April 2005, sebanyak 32 buah stesen RTM di seluruh Malaysia termasuk Radio Malaysia Kelantan telah melakukan penjenamaan semula. Nama stesen Radio Malaysia Kelantan telah ditukar kepada Kelantan FM dan menjadikannya lebih korporat dan pada masa yang sama, Kelantan FM telah dipindah balik semula ke Kelantan. Dengan pembaharuan tersebut, siaran Radio Malaysia Kelantan FM telah ditingkatkan dari 18 jam kepada 24 jam sehari bermula 1 Ogos 2005 yang mana telah dimumkan oleh Yang Berhormat Menteri Penerangan pada masa itu, Dato’ Sri Abdul Kadir Syeikh Fadzirb


1 Malaysia
Jabatan Perkhidmatan Awam
Kerajaan Malaysia
MAMPU
MSC Malaysia
E-Aduan
E-Gaji
HRMIS
Warkah